Pages

Friday, 4 May 2012

We Got Married!!!


.Bab 1


            “Alamak.. Lambat dah aku.. Mampus la aku kali ni.” Qiela terus menongkat basikalnya. Dia terus berlari menuju ke kelasnya. Kawan-kawannya semua telah pergi ke kelas mendahuluinya. Hari itu, dia terlewat bangun.
            Tiba-tiba Qiela merempuh susuk tubuh seseorang. “Aduh, sakitnya dahi aku.. Donga la aku lepas ni. Siapa la yang langgar aku ni? Kenapa la malang sangat nasib aku hari ni? Apa la kesalahan aku Ya Allah?” Bebel Qiela.
            “Hoi! Kau buta ke? Siapa suruh kau langgar aku hah?? Kau tak tahu ke aku ni sapa??”
            Qiela terus mengangkat mukanya. “Ada aku kisah sapa kau tu? Tak ada kena mengena dengan aku pun. Kau tu yang buta. Dah nampak aku tengah lari yang kau rempuh juga kenapa??”
            “Hello.. Nak lari-lari pergi padang la. Bukan dekat koridor ni. Sekarang ni aku nak kau bertanggungjawab kerana melanggar aku.”
            “Naik bas, kirim salam Pak Lah... Boleh blah...” Nah amik kau. Kan dah berpantun mulut Qiela yang comel ni. Qiela terus berpaling dan berlalu dari situ.
            Qil mengetap bibirnya. Nampaknya sudah ada seorang hamba Allah yang sudah berani meninggikan suara kepadanya. Apa yang menyebabkannya marah sangat, orang yang berani berbuat begitu kepadanya adalah seorang perempuan. Ini sudah mencabar kelakiannya.
            “Guys, siapa perempuan tu? Nampaknya dia tak tahu aku siapa?” soal Qil kepada kawan-kawannya.
            “Entah la. Tak pernah nampak pun sebelum ni. Maybe, student baru.” Jawab Rit.
            “Siasat siapa dia. Dia tak tahu yang dia sedang bermain dengan api. Rasanya dah lama aku tak bergembira.”



Aqil Hazimie. Namanya pun sudah membuatkan orang sekeliling tidak berani melawannya. Tiada siapa berani melawan atau menentang kehendak anak pemilik IPTS ini dan juga kumpulan A4. A4 itu dicadangkan oleh salah seorang ahli kumpulan mereka. Nama itu dipetik sempena pangkal nama mereka yang semuanya bermula dengan huruf 'A'.
            Ashqi Syafiq, pewaris syarikat unggul dalam bidang hartanah iaitu Syarikat Shin Construction. Separuh syarikat hartanah di Malaysia ni adalah kepunyaan mereka. Mereka adalah pemilik tanah terbesar di Malaysia. Malah, keluarganya juga mempunyai beberapa bidang tanah di luar negara. Mereka masih memiliki banyak restoran makanan Korea dan Jepun diseluruh negeri. Dengan kewangan semasa dan kakitangannya boleh dikatakan mereka keluarga paling kaya.
            Airit Hafifi, mula menceburi bidang kesenian melalui pameran kesenian sewaktu berumur 16 tahun. Dia seorang tukang tembikar genius yang muncul secara mendadak. Dengar kata, dia merupakan salah seorang tukang tembikar muda yang dipilih oleh UNESCO. Ahli tembikar yang terkenal yang muncul dalam buku sejarah kita merupakan pemilik muzium tembikar, iaitu datuk kepada Airit Hafifi.
            Azryq Haiqarl, cucu pemilik hospital swasta yang terbesar di Kuala Lumpur. Ibu bapanya terlibat dalam suatu kemalangan pada umurnya 6 tahun. Kedua ibu dan bapanya telah terkorban dalam kemalangan tersebut. Datuknya sudah tidak mempedulikannya lagi selepas kemalangan itu berbanding sebelumnya. Selama ini Azryq Haiqarl tinggal bersama pengasuh-pengasuhnya di dalam rumah peninggalan ibu bapanya.
            Aqil Haziemi. Asal orang Malaysia pasti sudah tahu orang ini adalah pewaris syarikat yang sedang meningkat naik pada masa ini iaitu Syarikat High Dream yang sangat berpengaruh. Dia merupakan ketua A4. Keluarganya tersenarai dalam golongan paling kaya di Asia Tenggara. Syarikat mereka juga sudah terkenal di seluruh dunia. Mereka juga membina chalet di setiap pulau termasuk pulau-pulau di luar negara.




Bab 2  
            Qiela menarik daun pintu dewan kuliahnya dan berhenti sebentar bersama kit kat dihadapan pensyarahnya. Sambil tercungap-cungap Qiela bersuara.
            “Cik Melah... Eh.. Eh.. Silap deh.” Sempat lagi Qiela buat loyar buruk sehingga menyebabkan semua orang dalam dewan kuliah itu tertawa.
            “Diam semua.” Keluar sudah suara mama rimau ni. mampus aku kali ni. Gerutu Qiela dalam hati.
            “Cik Ramlah. Hah.. Hah.. Sorry.. Hah.. Hah.. Saya lambat... Hah.. Hah...” ucap Qiela termengah-mengah.
            “Qiela, boleh tak awak tarik nafas dulu kemudian baru cakap. Naik semput saya dengar awak cakap ni.” Qiela menarik nafas untuk beberapa detik. Akhirnya setelah nafasnya sudah kembali normal, baru dia bersuara.
            “Maafkan saya Cik Ramlah. Jam loceng saya rosak la. Itu yang terlajak tu. Lepas tu masa saya nak datang tadi, ada kuda laut mana entah sesat dalam kampus kita ni telah menghalang perjalanan saya. Tu yang terbantut sebentar.” Sekali lagi dewan itu riuh dengan gelak tawa pelajarnya.
            “Saya kata diam. Baiklah Qiela, saya terima alasan awak. Lain kali kalau awak lambat lagi, saya akan denda awak. Sudah, pergi duduk tempat awak.” arah Cik Melah.


Cik Melah ni sebenarnya, pensyarah Perakaunan kami. Nama sebenarnya, Ramlah Mastura. Tapi aku dengan kengkawanku memanggil beliau dengan gelaran Cik Melah. Lebih mesra gitu. Hehe.
Nak tahu aku ni siapa? Nama diberi, Qistina Harisya. Amacam, cantik tak nama aku? Hehe. Dah nama aku cantik, confirm tuan punya nama tu pun cantik. Kihkihkih. Perasan gila aku ni ek. Hehe. Maklumlah, sifat semula jadi. Dalam cerita ni, akulah main characternya. Bukannya si Qiela tu. Qiela tu cuma watak sampingan ja untuk mencantikkan lagi jalan cerita dalam kisah aku ini.
            Aku dilahirkan dalam keluarga biasa-biasa saja. Nak kata kaya, tak la sangat. Keluarga aku stay Penang. Aku ada seorang mami, seorang abang, dan seorang tokwan. Walaupun ayah aku dah lama meninggal dunia, tapi aku masih beruntung kerana aku masih ada mereka semua yang sangat sayang dekat aku. Itu pun dah cukup buat aku bahagia dengan adanya mereka.
Kita beralih pula tentang kisah kawan-kawan aku. Aku ada ramai kawan sebenarnya tambah-tambah kawan dalam mukabuku aku. Memang tak terbilang jari ni, tapi aku tak kenal mereka semua tu pun. Hanya suku dari mereka sahaja yang aku kenal. Yang lain, aku buat-buat kenal saja. Hehe.
Aku ada tiga orang kawan sejati. Memang persahabatan kami sudah lama terjalin. Sejak kami kecil lagi. Maklumlah, kami belajar di sekolah yang sama. So, sampai sekarang masih belajar di tempat yang sama.
Kawan yang paling rapat dengan aku yang sebilik dengan aku, tapi tak sebantal dengan aku, nama dia Qaisara Haqiela. Budaknya baik, tapi perangai gila-gila sikit. Muka dah cantik. Nasiblah siapa dapat. Dia ni seorang yang ‘happy go tak ada laki’. Haha. IQ dia mantap beb. Padahal, aku tengok, dia jarang mengulang kaji pelajaran. Sehari sebelum periksa pun boleh relax main game dalam komputer tu. Tapi kalau time dalam kelas, memang dia tumpu betul-betul dengan apa yang pengajar cakap. Itu yang aku salute dekat dia.
Kawan baik aku yang kedua, namanya Qhalisa Humaira. Kami panggil dia Mai atau Maira. Dia ni pendiam sikit. Tapi diam-diam ubi berisi tau. Dia ni memang cekang Math. Congak aje terus dapat jawapan. Bukan macam kami, kena bawa keluar kalkulator, lepas tu kira pakai jari tangan termasuk sekali dengan jari kaki. Haha.
Kawan baik aku yang ketiga pula diberi nama Quraissa Husna. Nama panggilan dia Rai. Rai ni, mulut macam machine gun yang ada peluru penuh. Asyik berbunyi saja mulut dia umpama bertih digoreng. Tapi kami happy dengan dia. Kalau dia tak ada sehari dengan kami terasa dunia kami sunyi sepi. Dia jugalah radio buruk kami. Hehe. Selalu menceriakan kami time tengah tangkap leleh (sedih).
Itulah kawan-kawan aku. Ramai yang tak menyangka dengan perangai kami yang gila-gila ni. Ye la, dengan character luaran kami yang bertudung labuh, berbaju labuh sampai ke lutut. Mereka menyangka yang kami ni bersopan santun, berlemah lembat macam perempuan bertudung labuh yang lain, tapi sangkaan mereka meleset.
Kami tidak kisah dengan tanggapan orang terhadap kami. Apa yang pasti, kami masih menjaga aurat kami, tingkah laku supaya tidak keterlaluan, juga tutur kata kami. Yang pasti kami tidak melanggar perintah Tuhan. Bersikap lemah-lembut, bersopan-santun, ada tempatnya. Tidak perlu menjadi hipokrit. Biarlah kita menjadi diri kita yang sebenar.
Bertudung labuh melepasi dada dan berpakaian labuh adalah kerelaan hati kami sendiri bukan paksaan dari sesiapa kerana kami tahu azab Allah di akhirat kelak. Lagipun, kami boleh memelihara maruah diri dan juga aurat kami dari pandangan ajnabi. Contohnya, kebanyakkan lelaki suka perempuan yang moden dan seksi dari perempuan seperti kami. Mereka akan bersiul-siul apabila melihat perempuan seperti itu.
Kesimpulannya, mereka tidak akan mengurat atau mengacau kami. Hehe. Best punya statement yang aku buat sendiri. Haha. Apa yang penting, kami tidak pernah masuk campur urusan orang lain dan tak suka jaga tepi kain orang lain.


'Weh, Qiela. Napa lambat sangat? –Har-' Tiba-tiba sekeping kertas melayang di atas meja Qiela.
            'Kih.. Kih.. Aku melahap dulu tadi. Lapar beb. Macam 101 setengah hari aku tak makan. Aku ingat Cik Melah tak sampai lagi. Selalu, dia kan yang paling lambat. Ye la.. Dengan mulut merah, blusher, maskara dan adik-beradik yang sekutu dengannya lah. Hehe.' 
            Kemudian, Qiela lipat kertas tu jadi roket, kemudian Qiela layangkan semula surat itu kepada pemiliknya. Disebabkan keterroran Qiela melayangkan roket itu, dengan tak semena-mena roket itu mendarat elok di celah-celah sanggul Cik Melah.
            Secara automatiknya, kepala Qiela terus pusing dengan sendirinya melihatku, begitu juga dengan aku.
            'Wahid, isna, salasa, rabu, khamis, jumaat.' Habis tunggang terbalik kiraan Qiela dalam bahasa arab dan dia terus menjerit.
            “Blah, Har.” terus berlari pecut kami meninggalkan dewan kuliah. Dan pada saat itulah suara mama rimau itu mengaum. Sungguh derhaka kami kerena menggelarnya begitu.
            “Qistina Harisya!! Qaisara Aqiela!!” Macam nak runtuh kampus tu apabila mama rimau mengaum.
            Sedang rancak mereka berlari, tiba-tiba sekali lagi mereka menghadapi halangan apabila tubuhku berlanggar dengan seseorang.
            “Aduh, sakitnya punggung aku ni. Macam dah retak tulang punggung aku ni. Sapa la yang bertuah langgar aku ni? Buta ke apa? Aku yang kecik sikit dari unta ni pun masih tak nampak lagi ke?” bebelku.
            “Har. Ya Allah.” Qiela terus menolongku untuk bangun. Aku terus mengangkat wajahku untuk melihat gerangan orang yang melanggarku. Tergamam aku apabila melihat orang tersebut. Begitu juga dengannya. Aku terus menarik Qiela untuk berlalu dari situ.
            Sungguh aku tidak sanggup untuk menatap wajah itu. Setelah apa yang berlaku. Aku tidak dapat melupakan perkara yang telah terjadi antara kami.


Bab 3
            “Weh, asal kau tarik aku tadi. Tak sempat aku nak debik mamat tu tadi. Dah lar pagi tadi aku teraccident dengan member dia. Ish… Ish… kenapa la malang sangat nasib aku hari ni?”
            Aku hanya diam. Otakku tidak memberi perhatian dengan apa yang diperkatakan oleh Qiela. Aku masih memikirkan tentang apa yang baru terjadi sebentar tadi.
            ‘Kenapa aku perlu bertemu dengannya di sini? Padahal aku sudah tak mahu bertemu dengannya lagi. Hati aku masih sakit dengan kata-katanya. Apa yang aku nak buat sekarang ni?’
            “Weh, kau pehal? Tiba-tiba je bisu. Dengar tak apa yang aku cakap tadi? Kau ni macam dah kena sampuk je aku tengok. Diam je dari tadi.”
            ‘Qiela ni boleh caya tak kalau aku cita dekat dia?’ Har bermonolog sendiri sambil matanya melihat Qiela yang sedang meneguk air dengan rakus itu. Yela, mana tak rakus, dia minum air tu yang dengan sekali teguk dah habis. Maklumlah, tadi kan kami berdua dah menyertai acara larian 800 meter. Maunya tak semput.
            “Weh, ni asal plak tengok aku ni? Aku tau lar yang aku ni lawa sikit dari kau. Tak payah lar nak tenung (renung) aku macam tu sekali. Satgi orang lain usya (tengok) pelik kat kita. Tak mau aku. Nabi tak mengaku umat kot.”
            Har terus menarik tocang rambut Qiela. “Adoii!! Sakitnya. Apa kau ni main tarik-tarik tocang aku.” Qiela menggosok-gosok rambut yang yang panjang mengurai itu. Memandangkan kitaorang ni pakai tudung so, mahkota kitaorang ni terlindung dari pandangan lelaki bukan muhrim kitaorang.


“Assalamualaikum!” pekik Rai dan Mai serentak apabila mereka merempuh masuk bilik aku dan Qiela.
            “Weh, korang ni kenapa? Kang pecah pintu bilik ni kang, sapa nak repair?” Tanya Qiela.
            “Nak rosak apa kebendanya, kitaorang mana rempuh pintu korang. Dah la ternganga. Tak reti nak tutup ke?” bebel Rai sambil menutup pintu bilik Har dan Qiela. Manakala Mai pula menghempas beg milik budak berdua ni di atas katil mereka.
            “Apa la yang korang bawa pergi ke kelas ni. Anak gajah ke? Berat yang teramat sangat tau. Macam nak patah bahu aku ni.” Leter Mai pula.
            “Alah, baru nak patah, belum patah lagi kan?” tak semena-mena sebiji bantal kecil hinggap dimuka aku.
            “Weh, Mai. Bantal busuk aku tu.” Marah Qiela. Mai hanya buat muka slumber ubi je.
            ‘Eh minah ni, nak kena lekuk dengan aku ni.’ Gerutu Qiela.
“Macam mana kelas tadi time kami blah?” tanyaku.
“Masa korang blah tadi, Cik Melah kejar la korang. Tapi maklumlah, dengan kasut tumit tingginya mananya nak boleh kejar korang sampai dapat. Lepas tu korang nak tahu apa yang terjadi lepas dia keluar kelas kejar korang tu?” Tanya Rai.
“Apa yang korang rancangkan pulak kali ni?” Tanya Qiela pula.
“Apa lagi, kitaorag kemas beg kitaorang pakej dengan beg korang sekali dan suruh budak-budak lain pun kemas barang mereka and then, ‘chow’ dari kelas lar. Hahaha. Bijak tak kepala otak aku ni? Hehehe..” Jawab Mai sambil ketawa jahat tercetus dibibirnya.
Confirm Cik Melah bangang gila ar.” Kataku.
“Mau tak bangangnya dia. Sampai dekat kafe  kitaorang dengar suara mengaum dia tu. Nasib tak retak dinding kampus kita ni.” Sambung Mai.
            Mereka terus berbual-bual sehingga tidak sedar masa sudah berlalu. Nasiblah aku ni peka dengan masa ni. Pantas aku bersuara.
            “Eh, budak. Sampai bila korang nak lepak dekat bilik kitaorang ni. Dah… Dah… Pergi balik bilik korang. Asar nak masuk, Zohor nak minta diri dah ni .”
“Sampai hati kau halau kitaorang, Har.” Mai buat ayat sedih.
“Yela kau ni Har. Buat macam bilik kitaorang tu dekat sangat. Padahal depan bilik korang je pun.” Rai pula menambah sekali dengan muka sedihnya itu.
“Sebab sampai hati la aku suruh korang balik. Kang tak sempat nak sembahyang Asar pula. Naya. Dekat ke jauh ke, aku tak kira. Aku cakap balik, balik.” Aku sudah bercekak pinggang depan budak berdua ni. Apa lagi, kelam-kabut budak berdua ni ambil tudung mereka dan lari masuk ke bilik mereka

1 comment:

  1. salam nabila..
    i'm Zerah Neko..
    yg kan nie karya nabila ke??
    boleh tahan ceritanya..
    bila nak sambung??
    kalau free, lawat blog sy pulak..
    zerahneko.blogspot.com..
    nie blog harian sy..
    tinitania.blogspot.com..
    nie pulak blog karya sy..

    ReplyDelete